Monday, January 17, 2011

Rahsia SOLAT

1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar..

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur..

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Friday, January 14, 2011

2011

Selamat tinggal 2010, 2011 sudah 14 hari berlalu....
masih mencari-cari apa yang perlu digapai untuk menampakkan hasil yang lumayan pada tahun ini... ( ha3 macam gempak je, mampukah???? )

Apa2 pun hidup perlu diteruskan dan tidak boleh sepertimana biasa, bak kata pepatah

Gajah mati meninggalkan gading, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama...



Peringatan untuk diri.....

"Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah.
Dan ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka,
jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"