Tuesday, December 7, 2010

Salam Maal Hijrah 1432H...


Mencuba untuk muhasabah diri.. apa yang telah ku lakukan ya, untuk agama, diri dan orang-orang tersayang dalam kelangsungan hidup yang telah ku kecapi ini...... Alhamdulillah, SYUKUR pada ALLAH kerana dengan ehsanNYA aku masih mampu menghirup udara nyaman di bumiMU ini....

Bebeberapa tahun kebelakangan ini, banyak dugaan yang ku tempoh tanpa insan tersayang disisi...w/bagaimanpun aku sentiasa dan masih mengharapkn sedikit hembusan kekuatan dariMU ya ALLAH utk aku teruskan kehidupanku di dunia ini... tunjukkan aku jalanMU ya ALLAH, semoga ENGKAU sentiasa menyokongku, merahmatiku dan berkati kehidupan ku dan juga adik2 ku....Segala2nya ku serahkan padaMU ya ALLAH...

Ya ALLAH yang maha pengasih lagi MAHA penyayang...padaMU ku panjatkan doa dan kesyukuran...

Ya Allah, sekiranya Engkau ketahui perkara ini lebih baik buatku, untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan di akhirat, maka engkau tentukanlah ia untukku, dan permudahkanlah segala urusannya untukku, kemudian engkau berkatilah daku padanya. Namun sekiranya engkau ketahui bahawa perkara ini adalah tidak baik bagiku, untuk agamaku, kehidupanku dan segala urusanku di dunia dan akhirat, maka engkau jauhilah ia daripadaku, dan engkau jauhilah daku daripadanya, sebaliknya engkau tukarkanlah ia dengan ketentuan yang lebih baik untukku di mana-mana, kemudian engkau redha akan daku dengannya pula, wahai tuhan yang maha pemberi rahmat...

No comments: